Followers

Tuesday, September 20, 2011

Jadilah Insan Yang Kuat Apabila Kehilangan


Jam sudah menandakan pukul 1.55 pagi, mata cuba untuk tutup, tapi kian ku mencuba kian payah.Pernahkah kita merasa kehilangan orang yang tersayang dalam hidup korang semua, pastinya ada walaupun kita cuba melupakan. Ingin aku lakarkan sesuatu, Begitu berat bahu yang memikul, sedangkan kita yang melihat pun hanya mampu merasai tapi tak mampu mendalami, ku tahu erti kesakitan, sebagai contoh hidupku sendiri, aku pernah mengalami, namun bukan kehilangan selamanya, tapi cukuplah ku katakan bila aku tahu ayah aku jatuh sakit, walaupun hanya seketika, tapi sudah membuatkan aku lalai, aku sedih , aku terbuai, dan aku termenung mengenangkan ayah aku, fikiran terbayang, apakah khabar ayahku, memandangkan aku menuntut ilmu ditempat lain, jauh dari ibu ayahku, pastinya selalu memikirkan mereka, keadaan ibu yang uzur, ayah yang tidak menentu sakitnya, tapi aku redha kerana ajal dan maut pasti akan muncul walaupun kita menidakkan, kerna Qada dan Qadar itu satu ketentuan Dari Allah Taala, Itulah lukisan, itulah bentuk perjalanan insan,

Tatkala aku mendengar khabar itu, aku cuma fikir apakah reaksinya, apakah penerimaannya, mesti sesukar yang amat, aku tak pernah melalui perpisahan yang abadi, tapi aku cuba mendalami perpisahan yang dia alami. mesti berat yang amat, Perpisahan mengajar erti kekuatan, kesabaran. Aku hanya mampu melihat dari jauh, aku ingin memberi semangat.

Jadilah insan yang kuat, Jadilah insan yang mampu tersenyum, bukan untuk diri sendiri, tapi untuk orang yang masih memerlukan kita, walaupun ketua keluarga sudah menyahut seruan Ilahi, tapi ma masih ada sebagai kekuatan..

Jadilah insan yang kuat imannya,
jadilah insan yang kuat semangatnya,
Jadilah insan yang mampu tersenyum,
jadilah insan yang mampu memberi ilham..

Stpm kamu yang utama Mel
cita-cita kamu yang kamu impikan,
jangan kerana satu kehilangan terkubur impian,
impian itu jauh untuk digapai,
cuma semnagat dan keazaman mampu
menghadiahkan sebuah kejayaan..
aku tahu kamu kuat.. 
Sedekahkan Alfatihah untuk Ayah tersayang, kelak Allah makbulkan doa anak-anak yang soleh yang sentiasa memberi hadiah @doa untuk insan tersayang..

 Sedekahkan Alfatihah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...