Followers

Tuesday, September 20, 2011

Tujuh Kaedah Kenali Orang Yang Sombong/Bongkak


SOMBONG bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat suka menghina dan merendahkan orang lain. Orang sombong memandang rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka.
Begitulah sombongnya Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam. Tidak cukup dengan kesombongannya kepada Allah, lalu ia menempelak: “Mana bisa aku bersujud kepada manusia, kerana aku dijadikan dari api yang mulia, sedangkan Adam dijadikan dari tanah yang hina.
Penyakit sombong akan menyerang sesiapa saja, baik lelaki atau perempuan, golongan bangsawan atau bawahan, berjawatan tinggi ataupun pengemis di jalanan.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Aku akan belokkan dari keterangan-Ku, orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi, di luar kebenaran.” (Surah al-A’raf, ayat 146)
Sombong yang paling keji ialah bersifat sombong terhadap Allah. Tercatat dalam al-Quran, antara manusia yang pernah sombong terhadap Allah ialah Namrud yang ingin memerangi tuhan, keduanya Raja Firaun yang pernah mengaku dirinya Tuhan.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya, orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, akan masuk neraka jahanam dengan kehinaan.” (Surah al-Mukmin, ayat 60)
Sombong yang kedua ialah bersifat sombong kepada Rasul dan ajarannya seperti tidak mengiktiraf rasul yang diutus Tuhan kerana kemiskinan dan kehinaan keturunan, seperti Firaun yang mengaku dan menganggap dirinya tuhan, tidak mengaku Nabi Musa rasul utusan Allah.
Begitu juga Abu Lahab serta kaum Quraisy yang enggan menerima Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman.
Oleh itu mari kita memeriksa diri, apakah kita sudah dijangkiti virus sombong ini atau tanpa diketahui kita adalah salah seorang penghidap serius penyakit itu selama berpuluh tahun.
Iman Al-Ghazali menyimpulkan ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah menghidap penyakit hati yang merbahaya ini : 
  • Pertama, kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.
Orang sombong seumpama ini, menghendaki dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)
  • Keduanya kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.
Sedangkan mereka terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:
“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.”
Jika kita bersifat seperti ini, menghina orang yang tidak bersembahyang atau apabila orang mengerjakan maksiat, lantas menggelengkan kepala dan terdetik di dalam hati, “Apa nak jadi dengan kamu semua. Mengapa tidak alim dan warak seperti aku,” maka kita adalah dalam kategori orang yang berpenyakit sombong. Oleh itu, bersegeralah bertaubat atas kejelekan akhlak.
  • Perkara ketiga yang membuatkan kita sombong ialah kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.
Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.
Mereka rakus melakukan apa saja termasuk membunuh golongan lemah kerana keegoan menganggap orang lain tidak semulia mereka. Seandainya kita zalim, bangga dengan status keturunan, maka kesombongan itu sama dengan kesombongan kaum Bani Israel yang dilaknat tuhan.
  • Perkara keempat menjadikan kita beroleh sombong ialah kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.
  • Sifat sombong kelima berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.
  • Keenam, sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca seperti mengunyah. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi. Boleh dihempap badan dengan batu dan besi.
  • Akhirnya yang ketujuh kata Imam Ghazali, ialah sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak dan dijilat api.
Justeru, hendaklah memeriksa diri sama ada tujuh perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong hanya akan memakan diri.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

Jadilah Insan Yang Kuat Apabila Kehilangan


Jam sudah menandakan pukul 1.55 pagi, mata cuba untuk tutup, tapi kian ku mencuba kian payah.Pernahkah kita merasa kehilangan orang yang tersayang dalam hidup korang semua, pastinya ada walaupun kita cuba melupakan. Ingin aku lakarkan sesuatu, Begitu berat bahu yang memikul, sedangkan kita yang melihat pun hanya mampu merasai tapi tak mampu mendalami, ku tahu erti kesakitan, sebagai contoh hidupku sendiri, aku pernah mengalami, namun bukan kehilangan selamanya, tapi cukuplah ku katakan bila aku tahu ayah aku jatuh sakit, walaupun hanya seketika, tapi sudah membuatkan aku lalai, aku sedih , aku terbuai, dan aku termenung mengenangkan ayah aku, fikiran terbayang, apakah khabar ayahku, memandangkan aku menuntut ilmu ditempat lain, jauh dari ibu ayahku, pastinya selalu memikirkan mereka, keadaan ibu yang uzur, ayah yang tidak menentu sakitnya, tapi aku redha kerana ajal dan maut pasti akan muncul walaupun kita menidakkan, kerna Qada dan Qadar itu satu ketentuan Dari Allah Taala, Itulah lukisan, itulah bentuk perjalanan insan,

Tatkala aku mendengar khabar itu, aku cuma fikir apakah reaksinya, apakah penerimaannya, mesti sesukar yang amat, aku tak pernah melalui perpisahan yang abadi, tapi aku cuba mendalami perpisahan yang dia alami. mesti berat yang amat, Perpisahan mengajar erti kekuatan, kesabaran. Aku hanya mampu melihat dari jauh, aku ingin memberi semangat.

Jadilah insan yang kuat, Jadilah insan yang mampu tersenyum, bukan untuk diri sendiri, tapi untuk orang yang masih memerlukan kita, walaupun ketua keluarga sudah menyahut seruan Ilahi, tapi ma masih ada sebagai kekuatan..

Jadilah insan yang kuat imannya,
jadilah insan yang kuat semangatnya,
Jadilah insan yang mampu tersenyum,
jadilah insan yang mampu memberi ilham..

Stpm kamu yang utama Mel
cita-cita kamu yang kamu impikan,
jangan kerana satu kehilangan terkubur impian,
impian itu jauh untuk digapai,
cuma semnagat dan keazaman mampu
menghadiahkan sebuah kejayaan..
aku tahu kamu kuat.. 
Sedekahkan Alfatihah untuk Ayah tersayang, kelak Allah makbulkan doa anak-anak yang soleh yang sentiasa memberi hadiah @doa untuk insan tersayang..

 Sedekahkan Alfatihah..

Sunday, September 18, 2011

Mengapa Cuti umum 16 September Diwujudkan ??


Rabu September 03, 2008
Cuti 16 September: Kelantan setuju, Perak putus hari ini

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan Kelantan bersetuju dengan cadangan menjadikan 16 September iaitu tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia, sebagai cuti umum.
Menurut beliau, cadangan itu sepatutnya diterima dan dilaksanakan di lima negeri iaitu Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, yang diperintah Pakatan Rakyat.

"Saya boleh terima, kalau empat negeri lain tu boleh terima," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan di sini, hari ini. 

Kelmarin, Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya pimpinan di lima negeri yang dikuasai pakatan pembangkang itu mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online hari ini berkata, kerajaan negeri akan memutuskan perkara itu esok dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri.

“Setakat ini kita belum buat apa-apa keputusan lagi. Tapi kita akan bincangkan dalam mesyuarat esok.

"Kalau kita dapat putuskan esok (berhubung cuti), kita akan putuskan. Kalau tidak, kita akan tunda dululah," katanya.

Semalam, selepas memberi cuti umum sempena pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh, kerajaan Pulau Pinang dilaporkan akan menimbang cadangan Anwar supaya 16 September setiap tahun dijadikan cuti umum untuk lima negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sebagai memperingati hari pembentukan Malaysia.

"Perkara ini akan dibincangkan dulu dengan exco kerajaan negeri kerana ia akan melibatkan operasi pihak industri di negeri ini," kata Ketua Menteri Lim Guan Eng selepas pada ceramah umum mengen 'Enzim Sisa Makanan Menyelamatkan Dunia Kita' di Pasar Awam Tanjung Bungah di sini hari ini.

Cadangan cuti umum untuk lima negeri Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan itu dibuat oleh Anwar pada majlis kesyukuran sempena kemenangan beliau pada pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu.

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memberikan cuti umum pada 26 Ogos lepas sempena pilihan raya kecil berkenaan.

"Kalau kita hendak ambil 16 September sebagai cuti umum mungkin pada tahun depan," kata Lim yang dipetik Bernama.

Beliau berkata, kerajaan pusat sepatutnya menjadikan 16 September sebagai cuti umum.

Tanggal 16 September merupakan hari pembentukan Malaysia manakala 31 Ogos pula Hari Kemerdekaan.
Kerajaan-kerajaan negeri juga mempunyai kuasa untuk memutuskan cuti umum. Peruntukan itu digunakan oleh Pulau Pinang untuk mengumumkan cuti umum pada 26 Ogos lalu.

Lim juga bersetuju dengan cadangan badan bukan kerajaan untuk melakukan eksperimen enzim sisa makanan di tapak pelupusan sampah di Pulau Burung.

Beliau berkata enzim sisa makanan itu berupaya membersihkan kawasan dan sungai tercemar akibat pembuangan sampah isi rumah, kilang dan premis perniagaan.

Enzim yang dihasilkan dari bahan terbuang seperti kulit buah-buahan mampu menyahtoksin kotoran yang terkandung dalam air.

"Ia mampu menjaga ekosistem dan sekaligus memelihara alam sekitar kerana enzim ini diperbuat dari sisa bahan organik," katanya.  

10 Situasi Lelaki Yang Wanita Kena Faham


  • BILA LELAKI SIBUK~Jangan la time2 cmtu korang nk terhegeh2 suh dia p ambik ko kt tmpt keje or tman p shopping.
  • BILA LELAKI EGO~kalo die tgh ego korang jgn nk persoalkan.org laki mmg xsuke,diorang akn kte yg kononnye diorang tgas.
  • BILA LELAKI ROMANTIK~korang blh la ajk die p b'siar2 tpi pntai atau candle light dinner smbil selitkn cter saat pertama kali korang bertemu.n nk rncg mse dpn pon blh mse nie.
  • BILA LELAKI PANAS BARAN~jgn la korang gtl2 nk tmbh kmrhn die mse nie, baek korang diam je.
  • BILA LELAKI PENAT~jgn cter hal remeh mse nie or ngadu hal...biar die rht dulu..pas die da hlg pnt bru korang cter.
  • BILA LELAKI PENTINGKAN DRI SENDIRI~korang kne trus trg, n bersikap terbuke tp ingt mse bercakap korg kne la bertoleransi n mnta pendapat korg diambil kire...
  • BILA LELAKI MENGONGKONG~kalu korg ikot...korg dikate penakot..kalo korg memberontak, korg akn kne mrh...so..kne pndai2 la wt kptsn....
  • BILA LELAKI SELAMBA~sbnrnye diorang nk korg yg start dulu..so korang start je la ckp pape topik pon..n mmpu trik mnt die..
  • BILA LELAKI CURANG~korg jgn serang membabi buta tp b'semuka n tnye dgn lembut nape die bersikap bgtu.tp kalo btul die curang..elok la undur dri...
  • BILA LELAKI LURUS BENDUL~mmg korg ambik ksmptn ke ats dri nya kn??tp jgn la smpai perlekehkn tndk tnduk die.korg ptot jd perangsang pdnye n katekn yg korang mmpu buat kptsn sndri tnpa perlu hrpkn org lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...