Followers

Sunday, June 26, 2011

Ibuku

Masa kecil tangan ibu yang menyuapkan aku,
Masa kecil kaki ibu yang melangkah mencari rezeki utkku,
Masa kecil airmata ibu yang mengiringi kesusahan untuk membesarkanku,
Aku tak pernah lupa saat dia mengasuh aku,
Walaupun bukan anak kandung,
tapi kasihnya melebihi kasih seorang ibu yang ku harap,
aku cukup bertuah,
aku rasa cukup istimewa,
aku rasa beruntung,
walaupun bukan dari keluarga yg berada,
tapi aku mendapat kasih sayang yg sempurna,
Walaupun bukan dari ibu sebenar,
cukuplah kasih ibu yang aku panggil "mak" ini,
Dia mungkin pernah merasa hati kepadaku,
mungkin dalam sedar pernah aku menyakitinya,
mungkin dalam kealpaan pernah ku mengasarinya,
tapi aku tahu dia menyayangi anaknya ini melebihi segalanya,
Disaat aku berada dibawah sana,
aku tahu dia yang bangkit dibelakangku,
disaat aku sakit,
dia yang bersengkang menjagaku siang dan malam,
pernah sekali aku lelah dan sukar bernafas,
dia sibuk menghubungi saudara maraku berlari,
walaupun aku tahu dia pun lelah dan tak mampu berjalan laju,
sewaktu aku sakit dihospital semasa sekolah rendah,
dia pun turut sakit dan demam teruk untuk menjagaku,
sewaktu aku sakit dan muntah-muntah hampir 2,3 hari,
dia juga yang bersusah payah,
dan aku lihat airmatanya menitis kerna sedih melihat sakit yang aku alami,
Seandainya aku mampu membalas jasa ibu ku,
akan aku doakan dia sihat dan panjang usianya,
kerna aku yakin aku akan rebah sekiranya dia tiada dimuka bumi ini lagi,
Sesekali aku berjauhan darinya,
aku terasa ingin berlari memeluknya,
kerna ku khuatir aku tak mampu memeluknya lagi,
sesekali aku berjauhan darinya,
aku terasa ingin terbang disampingnya kerna ku takut bila saatnya tiba,
aku tiada dipangkuannya..
Disaat aku dilanda masalah, 
pastinya mak akan menelefon aku dan bertanya tanpa sempat aku memberitahu,
kerna dia pernah cakap "mak xsdap hati cam ade bende berlaku"..

Terasa nak menangis bila teringatkan ibuku, kerna ku takut menghadapi kenyataan, walaupun ku tahu, yang hidup pasti akan mati kelak, Pernah ada yang mengguris hati mak aku, dan membuat dia menangis, Andai anda orang itu walaupun anda sebahagian daripada keluargaku, maaf.. Anda takkan aku tegur, kerna prinsip aku, sesiapa yang membuatkan mak aku menangis takkan aku tegur.. 

kEpada mak aku, Seandainya Tuhan mengizinkan, walau dimana aku berada kelak, atau aku menjadi milik seseorang kelak, ku pasti mak akan ku bawa ke mana saja,kerna mak adalah satu-satunya ratu hatiku sampai ke syurga kelak ..
sayangilah mak <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...