Followers

Wednesday, May 18, 2011

Remaja Oh Remaja


Melihatkan masalah yang menyelimuti masyarakat pada hari ini amat mengejutkan dan menakutkan. Menyedari ramai dalam kalangan remaja yang melakukan perbuatan yang tidak senonoh dan berani melakukan perbuatan yang terkutuk tanpa menghiraukan orang sekeliling. Apatah lagi di kawasan yang tersembunyi. Masalah perzinaan semakin berleluasa. Apa buktinya? Buktinya anak-anak kecil yang tidak berdosa dibuang begitu sahaja. Dalam longkang, tong sampah, dalam sungai, dalam tandas dan sebagainya. Yang baik sikit letak tepi surau.
Apa sudah jadi. Dah melakukan hubungan haram. Lepas tu membunuh pulak. Semuanya ini bermula dari hati. Hati yang kurang bersih menyebabkan nafsu dan syaitan menjadi pemandunya. Segala yang disuruh dituruti. Dimana kekuatan nikmat Iman yang Allah kurniakan pada kita?
Bercinta bagai dunia dia yang punya. Dari percakapan telefon hingga ke pergaulan seperti hubungan suami isteri. Seperti sudah halal. Sekali tengok macam dah kahwin.
Di mana rasa takut kepada Allah?
Di mana rasa takut kepada Allah tentang semua ini? Adakah tidak akan ditanya segala perbuatan yang dilakukan? Adakah tidak tahu membezakan dosa dan pahala? Dimana…dimana…dimana rasa takut pada Allah? Sedangkan Allah selalu memperingatkan, “… Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri(siksa)-Nya…” (Ali Imran:30)
Rasa gentarkah kita ketika mendengar ayat ini? Bertambahkan keimanan kepada Allah? Adakah kita menangis mendengar ayat ini? Apa yang berbekas di hati kita? Malang sungguh malang. Sungguh malang apabila ayat-ayat ini tidak lagi mampu mempengaruhi hati. Langsung tidak membekas di hati. Telah hilang rasa malu. Keinginan kepada Islam semakin hari semakin lemah. Sedangkan sehari umur kita meningkat sehari lagi umur kita semakin singkat. Kita semua akan menempuhi kematian dan akan menempuhi alam yang seterusnya. Justeru itu apakah yang mampu menyelamatkan kita dari azab Allah?
Keimanan dan jati diri orang zaman sekarang semakin rapuh. Tiada keyakinan kepada Allah.
Dimana ketetapan hati?
Dimana ketetapan hati? Dimana ketetapan hati para pemuda sekalian? Dimana kejantanannya? Dimana kesungguhan untuk membela kaum hawa?
Amal ibadat diremehkan.
Solat diremehkan dibiarkan seperti perkara terbuang, ibadah ditinggalkan dan sunnah Rasulullah s.a.w diabaikan. Qiamullail tidak diendahkan kecuali amat sedikit. Masa terbuang begitu saja. Di mana rasa takut pada Allah dalam hati-hati kita? Bila kali terakhir kita mencurahkan air mata kerana takutkan Allah? Atau adakah tidak pernah terlintas dalam hati untuk takut pada Allah?
Bilakah lagi untuk kita dapat merasakan dekat dengan Allah dalam sujud kita? Berapa kali kita merasakan dekat dengan Allah? Naskhah al-Quran hanya dijadikan hiasan. Dibaluti debu kerana tidak membacanya. Tidak tersentuhkan dengan keadaan ini?
Masjid nan indah dibiarkan kosong tidak berpenghuni. Kosong…dari solat Subuh hingga ke solat Isyak. Kemanakah para pemuda yang rajin solat berjemaah di masjid? JIka kita pergi masjid untuk solat subuh kelihatan begitu sedikit pemuda yang hadir. Di mana para pemuda dan lelaki sejati yang sanggup korbankan sedikit kenikmatan tidur untuk solat Subuh?
Agama diabaikan. Hanya tinggal nama sahaja. Keinginan hidup hanya pada keduniaan semata-mata. Siapa menyayikan lagu ini. Dia tinggal dimana. Siapa pelakon terbaik tahun ini.
Hati disibukkan dengan kelalain. Di mana Allah dalam hati kita jika semuanya melalaikan. Bilakah lagi kita mahu ingat Allah? Bila lagi lidah kita mahu zikir pada Allah?
Adakah apa yang saya tulis ini salah? Adakah keterlaluan? Atau adakah saya telah melebih-lebihkan apa yang tidak lebih?
“ Kemudian setelah hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan diantaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, kerana takut kepada Allah…” (Al-Baqarah:74).
Batu adalah lebih baik dari hati yang selama hidupnya tidak pernah khusyuk kepada Allah.
“….Sesungguhnya yang dapat kamu beri peringatan hanya orang-orang yang takut kepada azab Rabb-nya (sekalipun) mereka tidak melihat-NYA dan mereka mendirikan solat…” (Fatir:18).
Siapakah mereka yang kita memperingatkan dan mereka tersentuh dengan peringatan kita? Sesungguhnya mereka adalah orang yang takut kepada azab Rabb-Nya sekalipun mereka itu tidak melihat-Nya.
“ Oleh sebab itu, berikanlah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat. Orang yang takut (kepada Allah) akan mendapat pelajaran. Orang-orang yang celaka(kafir) akan menjauhinya. (Yaitu) orang yang akan memasuki api yang besar(neraka). Kemudian dia tidak mati di alamnya dan tidak (pula) hidup.

Manusia Jahil


Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...
Orang yang suka beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik
Orang yang suka senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela
Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana kita tahu ...
Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah
Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya
Mana kita tahu ...
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana kita tahu ...
Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...