Followers

Sunday, January 30, 2011

Facebook: Photo Dan Tagging Yang Mengundang Dosa


Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.
Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.
Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya.
Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau ‘friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.
Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.
Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.
Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara taggingkepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.
Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.
Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.
Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.
Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya.

Keperibadian Nabi Muhammad S.A.W


Keperibadian Nabi Muhammad SAW.
Dadanya bidang, rambutnya selalu rapi antara lurus dan bergelombang, dan memanjang hingga ke tepi telinganya, lebat, warnanya hitam, dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya, yang bila baginda marah kelihatannya seperti bercantum, hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya ke atasnya, janggutnya lebat, kedua belah matanya hitam, kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih dan jarang-jarang, di dadanya tumbuh bulu-bulu yang halus, tengkuknya memanjang, berbentuk sederhana, berbadan besar lagi tegap, rata antara perutnya dan dadanya, luas dadanya, lebar antara kedua bahunya, tulang belakangnya besar, kulitnya bersih, antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus, pada kedua teteknya dan perutnya bersih dari bulu, sedang pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula, lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang ujung jarinya, rongga telapak kakinya tidak menyentuh tanah apabila baginda berjalan, dan telapak kakinya lembut serta licin tidak ada lipatan, tinggi seolah-olah air sedang memancar daripadanya, bila diangkat kakinya diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, langkahnya panjang-panjang seperti orang yang melangkah atas jurang, bila menoleh dengan semua badannya, pandangannya sering ke bumi, kelihatan baginda lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya, selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya..

Rambut,Mangkuk Dan Madu?


Kisah dan Tauladan..mangkuk yang cantik,madu dan sehelai rambut.Pada suatu hari Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabat baginda iaitu: Saidina Abu Bakar r.a., Umar r.a., Uthman r.a., dan Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a isterinya Saayidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah SAW menghidangkan utk mereka madu yg diletakkan di dlm sebuah mangkuk yg cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kmudian meminta kesemua sahabatnya utk membuat suatu perbandingan trhadap ketiga benda tersebut iaitu MANGKUK YANG CANTIK, MADU DAN SEHELAI RAMBUT. Abu Bakar r.a berkata : ''Iman itu lebih cantik dari mangkuk yg cantik ini, orang yg beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut''.
Umar r.a berkata,: ''kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini,seorang raja itu lebih manis dari madu dan memerintah dgn adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut''. Uthman r.a. berkata:" Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yg cantik ini, orang yg menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dgn ilmu yg dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut''.
Ali r.a. berkata,:''tamu itu lebih cantik dari mangkuk yg cantik ini,menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut''. Fatimah r.ha. berkata:'' seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yg cantik, wanita yg berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yg tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut''. Rasulullah SAW berkata: ''seorang yg mendapat taufiq untuk beramal dgn amal yg baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dgn ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut''.
Malaikat Jibril AS berkata:'' menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yg cantik, menyerahkan diri, harta, dan waktu utk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut''.
Allah SWT berfirman:'' Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yg cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut''. Moga-moga ada imbalan dan pengajarannya...InsyaALLAH.. ''MEMIKIRKAN KEBAHAGIAAN BERERTI MEMIKIRKAN APA YG TERJADI SEBELUMNYA DAN APA YANG AKAN TERJADI NANTI DAN SAMPAI BATAS TERTENTU, BERFIKIR TERLALU JAUH ITU, BOLEH MENGUSIK KEBAHAGIAAN ITU SENDIRI.''

Aku Yang Mencari Sinar-MU

malam ini air mata xberhenti mengalir mengenangkan kesilapan yg lalu......

aku masih mencari sinar kekuatan utk merubah.....

aku xmmpu untuk menjadi yang terbaik....

aku xberupaya mencuba utk menjadi yg lebih baik dr yang sebelumnye...tp....

setiap percubaan yang aku lakukan selalu saja menghadapi kegagalan....

dimana kekuatan ku dulu....?

dimana aku harus mencari kembali semua itu......

setelah sekian lama ia bersemadi......

dilitupi oleh keasyikan dunia yang penuh dgn keseronokkan yg akhirnya merosakkan dri sndri.....

YA ALLAH....

aku mencari sinar keimanan-MU...

aku mencari sinar kebahagiaan-MU....

aku mencari sinar ketenangan-MU...

dimana harus ku dapatkan semua itu???

YA ALLAH......

aku bersyukur kepada-MU kerana menemukan aku dengan insan pilihan-MU utk menjadi pembimbingku.....

perkenalan ini aku harap akn kekal ke akhirat.....

seorang sahabat xkn melihat sahabatnya rosak....

seorang abg xkn melihat adiknya lalai....

seorang ayah xkn biarkn anknya terus melakukan kesilapan.....

YA ALLAH......

aku betul2 mencari sinar-sinar itu.....

aku mahu driku kembali menjadi yang lebih baik dr yg dulu

agar aku mampu menjadi seorang penghuni di syurga-MU....

mudah-mudahan YA ALLAH........insyaALLAH.......

Orang Ikhlas Tertindas?

Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa… betapa kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak…

Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan…

Lalu di pagi Jumaat ini, saya tulis satu kisah lama… sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas?

Atau soalan yang lebih “dalam” dan sukar daripada itu… benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada sesorang atau sesuatu pihak?

Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas…Amin.

Untuk diriku dan dirimu, terimalah tulisan ini sebagai hadiah muhasabah di pagi Jumaat yang barakah ini…

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.

“Mengapa?” balas saya.

“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”

Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.

“Oh ramai encik…”

“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

“Kakak, boleh saya bertanya?”

“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”

Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.

“Maksud encik?”

“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”

“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”

“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”

“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”

“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”

“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’

“Pasti ada! Insya-Allah.”

“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.

“Subhanallah!”

“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”

“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”

“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”

“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”

“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”

“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.

“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”

“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”

“Kenapa?”

“Kita akan sakit jiwa!”

“Kenapa?”

“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.

“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”

“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

19 Kebaikan Wanita

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Orang-Orang Yang Paling Dicintai Oleh Allah Taala

Dari Abdullah Omar RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

" (Di antara) orang yang paling dicintai oleh Allah Taala ialah mereka yang banyak memberi manfaat kepada manusia dan (di antara) amalan yang paling Allah sukai ialah kegembiraan yang dimasukkan dalam seorang muslim atau menghilangkan baginya kesulitan atau menyelesaikan hutang piutangnya atau menghilangkan baginya kelaparan.

Dan kalau aku berjalan dengan saudaraku kerana menyelesaikan hajatnya, maka itu lebih aku sukai daripada beriktikaf di masjid selama sebulan.

Dan sesiapa yang mengawal kemarahannya, Allah akan menutup auratnya (keaibannya) dan sesiapa yang menahan sifat berangnya sedangkan dia berkuasa untuk bertindak, Allah akan penuhkan hatinya dengan keredaan pada hari Kiamat.

Dan sesiapa yang berjalan dengan saudaranya untuk menyelesaikan hajatnya sehingga dihasilkannya, Allah akan tetapkan kakinya ( di Sirat) pada hari kaki-kaki tergelincir (dimasukkan ke Neraka), dan sesungguhnya akhlak yang buruk itu merosakkan amalan kebaikan sebagaimana cuka merosakkan madu. "

Hadis riwayat Imam Tabrani & Ibnu Abid Dunia

(Hadis Hasan- Kitab Sahih AlJami" 176

Seribu Calon Seribu Kisah

Di antara tanggung jawab seorang lelaki dan seorang bapa terhadap anak-anaknya

adalah memilih seorang bakal ibu yang baik terhadap bakal anaknya.

Sifat wanita yang baik untuk dijadikan isteri dan ibu kepada anak-anaknya …

1. Seorang perempuan yang beragama dan mempunyai sifat-

sifat solehah serta takut akan Allah s.w.t. dan senantiasa menjauhkan diri daripada

laranganNya dan perkara-perkara yang haram.

Ini adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud

“ Berkahwin akan perempuan itu kerana hartanya, dan eloknya, dan kerana

bangsanya, dan kerana agamanya, maka lazimkan olehmu berkahwin dengan

perempuan yang mempunyai agama”

Dalam sabda Nabi s.a.w. yang lainnya juga menyebut bahawa

“Barang siapa berkahwin berkehendak akan perempuan kerana hartanya, dan

kerana elok rupanya, nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni

ditegahkan akan hartanya dan elok rupanya dan barang siapa yang berkahwin

akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah s.w.t akan dia akan

hartanya dan elok rupanya.”

Namun ini tidaklah bermaksud harta dan rupa paras tidak dipentingkan dalam Islam.

Dalam hadits lain ada menyebut bahawa salah satu ciri wanita yang baik adalah

apabila suami memandang isteri, si suami akan merasa senang dan tenang . Ini

berdasarkan jawapan Rasulullah s.a.w kepada sahabat apabila ditanya

Siapakah orang perempuan yang baik itu”

Maka jawab Rasulullah s.a..w

“Perempuan yang baik itu ialah yang apabila engkau pandang mukanya, engkau

akan rasa seronok”.

Maka dapat dikatakan bahawa paras rupa juga merupakan satu kreteria dalam

memilih isteri. Walau bagaimana pun Nabi s.a.w. juga memberi amaran kepada lelaki

supaya tidak memilih isteri semata-mata kerana cantik rupa paras dan kekayaan

sahaja kerana ianya dikhuatiri akan menjadi punca kepada kepincangan sesebuah

rumah tangga. Seperti mana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud ;

“Janganlah kamu kahwini perempuan itu kerana segaknya semata-mata kerana

takut disebabkan segak dan cantiknya menyebabkan kamu dihina olehnya, dan

jangan kamu nikahi seorang perempuan semata-mata kerana hartanya kerana

ditakuti hartanya menyebabkan dia melampau terhadap kamu,tetapi hendaklah

kamu nikahi seorang perempuan itu kerana agamanya disamping paras rupanya

cantik dan dari keluarga yang berharta”.

Namun Nabi s.a.w tetap menyarankan supaya kreteria pertama yang akan diambil

kira apabila memilih isteri adalah dari segi agamanya seperti maksud sabdanya

“Kalau sekiranya isteri kamu seorang hamba yang hitam kulitnya tetapi mempunyai

agama yang kuat maka itu adalah lebih baik bagimu”.

2. Disunatkan memilih seorang perempuan yang baik perangai

dan akhlaknya kerana ianya akan membantu dalam menyempurnakan ibadah

terhadap Allah s.w.t.

Dinyatakan bahawa seorang pempuan yang buruk perangainya dan jahat lidahnya

akan mendatangkan banyak mudarat di dalam sesebuah keluarga daripada

manfaatnya melainkan suaminya itu adalah seorang yang sangat sabar orangnya

dengan telatah dan kerenah isteri.Dalam hal ini dinyatakan juga sebagai panduan

enam (6)sifat perempuan yang sebolehnya dielakkan apabila memilih calon isteri.

  • Sifat Al-Annaanah

Perempuan yang perbanyakkan keluh kesah dan suka mengadu-ngadu padahal dia

sntiasa menghiasi dirinya.Jika dikahwini perempuan yang demikian akan

menyakitkan hati dan tidak peroleh didalamnya kebajikan.

  • Sifat Al-Mannaanah

Perempuan yang banyak membangkitkan atas suaminya iaitu seorang isteri yang

suka mengungkit samada kebaikkannya ataupun keburukkan suaminya dalam

pertuturan seharian bersama suaminya.

  • Sifat Al-Hannaanah

Perempuan yang berkeinginan terhadap lelaki lain selain suaminya.Diwajibkan

kepada lelaki supaya menjauhi perempuan yang bersifat tersebut kerana banyak

mudaratnya.

  • Sifat Al-Haddaaqah

Perempuan yang gemar akan tiap-tiap sesuatu dan ingin dia akan ia dan dengan itu

memberatkan dia akan suaminya untuk membeli barangan tersebut.

  • Sifat Al-Barraaqah

Terdapat dua sifat Al-Barraqah iaitu :-

# Terlalu suka menghias diri dan mencantikkan wajahnya secara keterlaluan.

# Suka memarahi keatas rezeki yang disediakan dan senantiasa merasa

pemberian suami tidak mencukupi.(Termasuk sifat suka membandingkan

pemberian suami dengan orang lain yang mendapat lebih baik dari suami mereka

pada anggapannya)

  • Sifat Al-Sallaaqah

Perempuan yang suka memperbanyakkan perkataan iaitu perempuan yang suka

bercakap sesuatu yang tidak berfaedah dan berbau umpatan.

Selain itu menurut kata Saidina Ali r.a , terdapat juga sifat-sifat yang dianggap tidak

baik jika ada pada seorang lelaki tetapi ianya baik jika terdapat pada seorang

perempuan iaitu :-

  • Al-Baqlu.

Sifat kikir / kedekut kerana dengan sifat ini akan terpelihara harta suami

  • Sifat Az-Zahhu.

Sifat membesarkan diri / sombong kerana apabila seseorang perempuan itu

membesarkan dirinya maka enggan dia untuk berkata-kata dengan semua orang

dengan perkataan yang lemah lembut. Maka dengan itu akan terpeliharalah suami

dari perasaan cemburu dan gelisah.

  • Sifat Al-Jubnu.

Sifat penakut kerana dengan sifat ini akan terhindar ia daripada keluar rumah

sesuka hati tanpa mengira masa dan waktu.Sifat ini juga akan memelihara seorang

isteri daripada sifat cemburu dan perasaan curiga suami.

3. Disunatkan memilih perempuan yang elok rupa parasnya.

Disarankan untuk memilih seorang perempuan yang cantik rupa parasnya kerana

dengannya semoga akan terhindar keinginan lelaki tersebut untuk memandang akan

perempuan yang lainnya. Namun di ingatkan lagi bahawa di tegah untuk mengahwini

seorang perempuan yang cantik tetapi tidak mempunyai agama.Dalam hal ini kita

disarankan juga untuk memilih seorang perempuan yang kurang elok dari segi paras

rupanya asalkan perempuan tersebut kuat beragama dam berakhlak mulia jika

perkahwinan tersebut semata-mata untuk mengikut sunnah Nabi s.a.w dan untuk

mendapatkan zuriat serta untuk membantunya mentadbirkan rumahtangganya, dan

kebanyakkan orang-orang alim dan soleh memilih perempuan yang sebegini untuk

dijadikan isteri.

4. Disunatkan untuk memilih seorang perempuan yang mas

kahwinnya kurang / murah kerana sabda Nabi s.a.w yang maksudnya

“ Bermula yang terlebih baik perempuan itu ialah yang terlebih baik mukanya dan

yang terlebih murah isi kahwinnya”

Dan dalam hadist Nabi s.a.w. yang lainnya bermaksud

“Setengah dari baraqah maka perempuan itu iaitu segerakan dipersuamikan dan

di segerakan rahimnya itu kepada beranak”

Secara ringkasnya tanda-tanda seorang perempuan yang baik adalah

Rendah mas kahwinnya

Disegerakan perkahwinannya.

Menyegerakan untuk mendapat anak.

5. Disunatkan memilih perempuan yang banyak beranak /

melahirkan zuriat kerana sabda Nabi s.a.w maksudnya ,“Lazimkan keatasmu

berkahwin dengan perempuan yang banyak anak dan perempuan yang banyak kasih

sayang ke atas suaminya”

6. Disunatkan memilih perempuan yang masih anak dara kerana

menurut Nabi s.a.w apabila mengahwini perempuan (anak dara) akan menjadi lebih

mesra perhubungan antara suami dan isteri.

7. Di sunatkan memilih perempuan yang berasal dari bangsa

yang baik iaitu perempuan itu terdiri daripada anak cucu dikalangan orang yang

beragama dan anak cucu dari orang yang soleh serta alim kerana menurut sabda

Nabi s.a.w yang maksudnya

“Pilih olehmu akan perempuan yakni tempat bagi mani

kamu itu maka kerana bahawa sesungguhnya gemar itu terlebih mengekalkan”

Di galakkan memilih perempuan mahu pun lelaki dari kalangan yang baik-baik

kerana menurut Nabi s.a.w, sifat baik dari ibu bapa kadang kala akan di warisi

oleh anak samada lelaki mahupun perempuan.

“Keturunan baik itu akan diwarisi oleh anak-anaknya”

Di samping itu Nabi s.a.w menasihatkan supaya lelaki berhati-hati apabila memilih

perempuan agar tidak memilih perempuan yang mempunyai paras rupa yang cantik

da berasal dari keturunan yang rosak akhlaknya.

8. Disunatkan memilih perempuan yang bukan dari kerabat

yang hampir kerana yang demikian itu mengurangkan syahwat. Sabda Nabi s.a.w

pula menyebut yang bermaksud

“Jangan kamu kahwin akan perempuan dari kerabat yang hampir maka bahwa

sesungguhnya anak itu dijadikan daif tubuhnya”

Demikianlah lapan sifat wanita yang di nyatakan oleh Imam Al-Ghazali didalam

kitabnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...