Followers

Tuesday, December 20, 2011

Timeline

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ..Hari ini aku nakcerita pasal Timeline aku pulak ..Mula-mula abang aku dahulu yang buat Timeline ni kat Facebook die ..Pastu aku ikut je la die ..Cantik la jugak Timeline ni ..Ade jugak orang kata yang Timeline ni macam blog yang rosak ..Betul ke ??Tapi nk buat macam mane dah buat dah ..Ini dia gambar Timeline aku ..

Timeline

Sampai sini sajalah aku cerita pasal Timeline aku ..Aku nak pergi berfixie pulak dengan kawan aku ..
Assalamualaikum ..

Monday, December 19, 2011

Contest #1

Hai korang,,, hari ni aku join contest tau.. apa kata kalau aku nak mintak tolong sikit dengan korang.. boleh tak ???.. alahaii.. dapat pahala tau kalau tolong orang ni.. korang tak nak ke ?? haa,.. korang tak nak pahala ke?? .. aku nak mintak korang tolong vote aku boleh ?? please.. please.. boleh lah ye.. aku ucap terima kasih kepada siapa-siapa yang tolong vote untuk aku.. hee..

First : Like this page : http://www.facebook.com/myDiGi

Second : Vote for me here : http://apps.facebook.com/gilagiveaway/ViewEntry.aspx?id=798

Korang malas nak tekan tu, korang boleh tekan gambar ni..


Okay.. korang boleh je tekan banner tu.. kalau boleh korang boleh la suruh kawan-kawan korang tolong vote jugak.. :) please... thank you very much all.. 

Wednesday, December 7, 2011

Computer Theme

Assalamualaikum dan selamat malam ..Malam ni aku nak cerita pasal theme computer aku pulak ..Aku selalu tukar theme computer aku ..Macam-macam theme aku ade ..Biaselah budak-budak lagikan ..Nak buat macam mana ..Ini die theme computer aku ..Kita layan gambar theme computer aku ..

1. Standard Theme

2. Ferrari Theme

3. Porsche Theme

4. Infiniti Theme

5. Justin Bieber Theme

6. Transformers Theme

7. Angry Birds Theme

8. Rio Theme

Dah puas layan gambar ??Ini semua computer theme aku punyer ..Yang rio latest punyer ..Sebab dah malas nak tukar theme so theme rio je la ..Tetapi cantik jugak theme rio ni ..Okeys ..Sampai sini jelah pasal theme computer aku ni ..

Assalamualaikum dan selamat malam

Kawan Karib

Assalamualaikum dan selamat malam ..hari ni aku nk cerita pasal ape erk ??Aku lupalah ..Mesti awak tak baca post title kan ..Hari ini saya nak cerita pasal kawan karib saya ..Di bawah ni biodata die ..

Nama : Mohamad Zuhakimie bin Zulkefli
Umur : 13 Tahun
Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Paka
Hobi : Bermain Bola Sepak
Cita-Cita : Angkasawan

Untuk biodata die sampai sini jer ..Sebab mesti die marah kalau die tahu aku buat post ni ..Aku berkawan dengan die semasa aku tadika lagi ..Sampai sekarang aku masih berkawan dengan die ..Die biase panggil aku Izzat dan aku panggil die Kimie ..Semasa form1 aku duduk tepi die ..Depan meja guru ..Kalau ade kerja sekolah yang tak siap aku akan tiru die sebab die sentiasa siapkan kerja sekolah die ..Die ni sentiasa ceria dan bercakap banyak ..Tapi aku taklah macam die ..Aku ni tak berape bercakap sebab aku nak tumpukan kepada pelajaran ..Die selalu buat orang ketawa kerana die ni lucu sangat ..Die tiap-tiap hari datang sekolah tak mari sekolah pon sikit-sikit jer ..Jangan Baritahu kat die pasal post ni ..Nanti die marah aku pulak ..Sampai sini sajalah pasal ape erk ??Ha, aku dah ingat dah ..Pasal kawan karib aku ni ..

Assalamualaikum dan selamat malam

Tuesday, December 6, 2011

Semua Header

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca blog aku ni ..Hari ni aku nk cerita pasal kesemua header blog aku ..Daripada yang pertama hingga ke latest punyer ..Tu pon kalu ada lagi ..Sebab banyak dah gambar yang aku delete ..Time untuk layan gambar header blog aku pulak ..

Ini header blog yang pertama


Ini header blog yang kedua


Ini header blog yang ketiga


Ini header blog yang keempat


Ini header blog yang kelima


Ini header blog yang keenam

Ini semua header blog aku dari mula-mula aku buat blog hingga sekarang ..Yang pertama punyer header aku tak edit pon sebab mase tu aku x pandai lagi edit gambar ..Pastu header kedua hingga keempat aku edit sendiri semuanya ..Header kelima dan keenam abang aku tolong aku edit header tu ..Aku belajar edit gambar guna Photoshop dengan abang aku la ..Sampai sini sajalah aku cerita pasal semua header blog aku ..Aku harap semua pembaca blog aku terhibur ..Assalamualaikum dan selamat malam ..

Monday, December 5, 2011

Top 5 Favorite Games

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ..
Hari ini aku nak cerita pasal games kegemaran aku pulak ..Aku memegng sentiasa main games ni ..Sebab games ni memeng best giler ..

5. Grand Theft Auto : Vice City Stories / GTA Vive City Stories


4. Grand Theft Auto San Andreas / GTA San Andreas


3. Angry Birds


2. Halo 3


1. DOTA

Ini semua adalah games kegemaran aku semua ..Kalau ade sesiape suke semua games ni dipersilakan comment ..Sampai disina sahajalah pasal games kegemaran aku ni ..Assalamualaikum Dan Selamat membaca post lain ..

Sunday, December 4, 2011

New Header #2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ..
Hari ni aku nak cerita pasal Header terbaru aku ..Masa untuk menyiapkan header blog ni 30 minit ..Ni dia Header Blog baru aku ..

Ini Header Blog terbaru aku ..

Ni pulak Header Blog aku yang kedua terbaru ..Masa yang diambil untuk menyiapkan Header Blog yang kedua aku 15 minit ..Ini dia Header Blog kedua terbaru aku ..

Ini Header Blog kedua terbaru aku ..

Sampai sini sajalah aku cerita pasal Header Blog aku ni ..Esok mungkin aku akan Post pasal lain pulak ..
Assalamualaikum ..

Tuesday, September 20, 2011

Tujuh Kaedah Kenali Orang Yang Sombong/Bongkak


SOMBONG bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat suka menghina dan merendahkan orang lain. Orang sombong memandang rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka.
Begitulah sombongnya Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam. Tidak cukup dengan kesombongannya kepada Allah, lalu ia menempelak: “Mana bisa aku bersujud kepada manusia, kerana aku dijadikan dari api yang mulia, sedangkan Adam dijadikan dari tanah yang hina.
Penyakit sombong akan menyerang sesiapa saja, baik lelaki atau perempuan, golongan bangsawan atau bawahan, berjawatan tinggi ataupun pengemis di jalanan.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Aku akan belokkan dari keterangan-Ku, orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi, di luar kebenaran.” (Surah al-A’raf, ayat 146)
Sombong yang paling keji ialah bersifat sombong terhadap Allah. Tercatat dalam al-Quran, antara manusia yang pernah sombong terhadap Allah ialah Namrud yang ingin memerangi tuhan, keduanya Raja Firaun yang pernah mengaku dirinya Tuhan.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya, orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, akan masuk neraka jahanam dengan kehinaan.” (Surah al-Mukmin, ayat 60)
Sombong yang kedua ialah bersifat sombong kepada Rasul dan ajarannya seperti tidak mengiktiraf rasul yang diutus Tuhan kerana kemiskinan dan kehinaan keturunan, seperti Firaun yang mengaku dan menganggap dirinya tuhan, tidak mengaku Nabi Musa rasul utusan Allah.
Begitu juga Abu Lahab serta kaum Quraisy yang enggan menerima Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman.
Oleh itu mari kita memeriksa diri, apakah kita sudah dijangkiti virus sombong ini atau tanpa diketahui kita adalah salah seorang penghidap serius penyakit itu selama berpuluh tahun.
Iman Al-Ghazali menyimpulkan ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah menghidap penyakit hati yang merbahaya ini : 
  • Pertama, kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.
Orang sombong seumpama ini, menghendaki dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)
  • Keduanya kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.
Sedangkan mereka terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:
“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.”
Jika kita bersifat seperti ini, menghina orang yang tidak bersembahyang atau apabila orang mengerjakan maksiat, lantas menggelengkan kepala dan terdetik di dalam hati, “Apa nak jadi dengan kamu semua. Mengapa tidak alim dan warak seperti aku,” maka kita adalah dalam kategori orang yang berpenyakit sombong. Oleh itu, bersegeralah bertaubat atas kejelekan akhlak.
  • Perkara ketiga yang membuatkan kita sombong ialah kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.
Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.
Mereka rakus melakukan apa saja termasuk membunuh golongan lemah kerana keegoan menganggap orang lain tidak semulia mereka. Seandainya kita zalim, bangga dengan status keturunan, maka kesombongan itu sama dengan kesombongan kaum Bani Israel yang dilaknat tuhan.
  • Perkara keempat menjadikan kita beroleh sombong ialah kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.
  • Sifat sombong kelima berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.
  • Keenam, sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca seperti mengunyah. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi. Boleh dihempap badan dengan batu dan besi.
  • Akhirnya yang ketujuh kata Imam Ghazali, ialah sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak dan dijilat api.
Justeru, hendaklah memeriksa diri sama ada tujuh perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong hanya akan memakan diri.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

Jadilah Insan Yang Kuat Apabila Kehilangan


Jam sudah menandakan pukul 1.55 pagi, mata cuba untuk tutup, tapi kian ku mencuba kian payah.Pernahkah kita merasa kehilangan orang yang tersayang dalam hidup korang semua, pastinya ada walaupun kita cuba melupakan. Ingin aku lakarkan sesuatu, Begitu berat bahu yang memikul, sedangkan kita yang melihat pun hanya mampu merasai tapi tak mampu mendalami, ku tahu erti kesakitan, sebagai contoh hidupku sendiri, aku pernah mengalami, namun bukan kehilangan selamanya, tapi cukuplah ku katakan bila aku tahu ayah aku jatuh sakit, walaupun hanya seketika, tapi sudah membuatkan aku lalai, aku sedih , aku terbuai, dan aku termenung mengenangkan ayah aku, fikiran terbayang, apakah khabar ayahku, memandangkan aku menuntut ilmu ditempat lain, jauh dari ibu ayahku, pastinya selalu memikirkan mereka, keadaan ibu yang uzur, ayah yang tidak menentu sakitnya, tapi aku redha kerana ajal dan maut pasti akan muncul walaupun kita menidakkan, kerna Qada dan Qadar itu satu ketentuan Dari Allah Taala, Itulah lukisan, itulah bentuk perjalanan insan,

Tatkala aku mendengar khabar itu, aku cuma fikir apakah reaksinya, apakah penerimaannya, mesti sesukar yang amat, aku tak pernah melalui perpisahan yang abadi, tapi aku cuba mendalami perpisahan yang dia alami. mesti berat yang amat, Perpisahan mengajar erti kekuatan, kesabaran. Aku hanya mampu melihat dari jauh, aku ingin memberi semangat.

Jadilah insan yang kuat, Jadilah insan yang mampu tersenyum, bukan untuk diri sendiri, tapi untuk orang yang masih memerlukan kita, walaupun ketua keluarga sudah menyahut seruan Ilahi, tapi ma masih ada sebagai kekuatan..

Jadilah insan yang kuat imannya,
jadilah insan yang kuat semangatnya,
Jadilah insan yang mampu tersenyum,
jadilah insan yang mampu memberi ilham..

Stpm kamu yang utama Mel
cita-cita kamu yang kamu impikan,
jangan kerana satu kehilangan terkubur impian,
impian itu jauh untuk digapai,
cuma semnagat dan keazaman mampu
menghadiahkan sebuah kejayaan..
aku tahu kamu kuat.. 
Sedekahkan Alfatihah untuk Ayah tersayang, kelak Allah makbulkan doa anak-anak yang soleh yang sentiasa memberi hadiah @doa untuk insan tersayang..

 Sedekahkan Alfatihah..

Sunday, September 18, 2011

Mengapa Cuti umum 16 September Diwujudkan ??


Rabu September 03, 2008
Cuti 16 September: Kelantan setuju, Perak putus hari ini

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan Kelantan bersetuju dengan cadangan menjadikan 16 September iaitu tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia, sebagai cuti umum.
Menurut beliau, cadangan itu sepatutnya diterima dan dilaksanakan di lima negeri iaitu Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, yang diperintah Pakatan Rakyat.

"Saya boleh terima, kalau empat negeri lain tu boleh terima," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan di sini, hari ini. 

Kelmarin, Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya pimpinan di lima negeri yang dikuasai pakatan pembangkang itu mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online hari ini berkata, kerajaan negeri akan memutuskan perkara itu esok dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri.

“Setakat ini kita belum buat apa-apa keputusan lagi. Tapi kita akan bincangkan dalam mesyuarat esok.

"Kalau kita dapat putuskan esok (berhubung cuti), kita akan putuskan. Kalau tidak, kita akan tunda dululah," katanya.

Semalam, selepas memberi cuti umum sempena pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh, kerajaan Pulau Pinang dilaporkan akan menimbang cadangan Anwar supaya 16 September setiap tahun dijadikan cuti umum untuk lima negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sebagai memperingati hari pembentukan Malaysia.

"Perkara ini akan dibincangkan dulu dengan exco kerajaan negeri kerana ia akan melibatkan operasi pihak industri di negeri ini," kata Ketua Menteri Lim Guan Eng selepas pada ceramah umum mengen 'Enzim Sisa Makanan Menyelamatkan Dunia Kita' di Pasar Awam Tanjung Bungah di sini hari ini.

Cadangan cuti umum untuk lima negeri Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan itu dibuat oleh Anwar pada majlis kesyukuran sempena kemenangan beliau pada pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu.

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memberikan cuti umum pada 26 Ogos lepas sempena pilihan raya kecil berkenaan.

"Kalau kita hendak ambil 16 September sebagai cuti umum mungkin pada tahun depan," kata Lim yang dipetik Bernama.

Beliau berkata, kerajaan pusat sepatutnya menjadikan 16 September sebagai cuti umum.

Tanggal 16 September merupakan hari pembentukan Malaysia manakala 31 Ogos pula Hari Kemerdekaan.
Kerajaan-kerajaan negeri juga mempunyai kuasa untuk memutuskan cuti umum. Peruntukan itu digunakan oleh Pulau Pinang untuk mengumumkan cuti umum pada 26 Ogos lalu.

Lim juga bersetuju dengan cadangan badan bukan kerajaan untuk melakukan eksperimen enzim sisa makanan di tapak pelupusan sampah di Pulau Burung.

Beliau berkata enzim sisa makanan itu berupaya membersihkan kawasan dan sungai tercemar akibat pembuangan sampah isi rumah, kilang dan premis perniagaan.

Enzim yang dihasilkan dari bahan terbuang seperti kulit buah-buahan mampu menyahtoksin kotoran yang terkandung dalam air.

"Ia mampu menjaga ekosistem dan sekaligus memelihara alam sekitar kerana enzim ini diperbuat dari sisa bahan organik," katanya.  

10 Situasi Lelaki Yang Wanita Kena Faham


  • BILA LELAKI SIBUK~Jangan la time2 cmtu korang nk terhegeh2 suh dia p ambik ko kt tmpt keje or tman p shopping.
  • BILA LELAKI EGO~kalo die tgh ego korang jgn nk persoalkan.org laki mmg xsuke,diorang akn kte yg kononnye diorang tgas.
  • BILA LELAKI ROMANTIK~korang blh la ajk die p b'siar2 tpi pntai atau candle light dinner smbil selitkn cter saat pertama kali korang bertemu.n nk rncg mse dpn pon blh mse nie.
  • BILA LELAKI PANAS BARAN~jgn la korang gtl2 nk tmbh kmrhn die mse nie, baek korang diam je.
  • BILA LELAKI PENAT~jgn cter hal remeh mse nie or ngadu hal...biar die rht dulu..pas die da hlg pnt bru korang cter.
  • BILA LELAKI PENTINGKAN DRI SENDIRI~korang kne trus trg, n bersikap terbuke tp ingt mse bercakap korg kne la bertoleransi n mnta pendapat korg diambil kire...
  • BILA LELAKI MENGONGKONG~kalu korg ikot...korg dikate penakot..kalo korg memberontak, korg akn kne mrh...so..kne pndai2 la wt kptsn....
  • BILA LELAKI SELAMBA~sbnrnye diorang nk korg yg start dulu..so korang start je la ckp pape topik pon..n mmpu trik mnt die..
  • BILA LELAKI CURANG~korg jgn serang membabi buta tp b'semuka n tnye dgn lembut nape die bersikap bgtu.tp kalo btul die curang..elok la undur dri...
  • BILA LELAKI LURUS BENDUL~mmg korg ambik ksmptn ke ats dri nya kn??tp jgn la smpai perlekehkn tndk tnduk die.korg ptot jd perangsang pdnye n katekn yg korang mmpu buat kptsn sndri tnpa perlu hrpkn org lain.

Thursday, August 11, 2011

GA Vroommm Vrooommm dari Amiey Lee




Tarikh Tutup : 26 Aug 2011

Giveaway time!!!!


syarat-syarat (akan diupdate kalo rasa perlu)
1) wat entry seperti tajuk di atas ** perkataan sticky tu x perlu..nehi he..nehi he..nehi hee amek Giveaway time
 * dalam entry tu kalo korang ada cadangan bagi aku baiki kelemahan aku pun bagus gak..kalo malas xpe =,='' sumpah tak pakse
2) copy banner dan linkkan ke sini
3) Tag kawan kome , kalo korang nak bolot adiah x payah tag..kurang penyertaan lagi tinggi peluang korang kan(keji)
4) tarikh tutup penyertaan tak pasti lagi, tapi kalau aku decide nak bagi duit aku akan tutup penyertaan sebelum raya

Pilihan Mungkin berdasarkan random.org
tak perlu susah2 follow ini blog, tapi kalau rasa nak follow tu dialu-alukan..... 
kalau pemenang x claim adiah satu hari dari tarikh aku umumkan pemenang , hadiah akan di beri kepada orang lain juga melalui random.org 
bagi peluang pada orang lain..

Sunday, June 26, 2011

Warkah Daripada Seorang Suami

Assalamualaikum...
Apa khabar bidadariku? Semoga bakal isteriku ini sentiasa tenang berada dalam pemeliharaan Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal alamin..

Bidadariku,
Tahukah dikau yang aku sentiasa merinduimu? Aku sentiasa berdoa agar dipertemukan denganmu kelak dan sesunggunhnya Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Dia telah menemukan aku denganmu.. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini, namun aku dapat merasakan bahawa engkaulah gadis solehah yang aku cari-cari selama ini.

Sayangku,
Sesungguhnya aku amat tertarik akan keindahan akhlak peribadimu dan itu amat membuatkan hatiku berdebar saat bertemu denganmu walaupun kau sentiasa menundukkan pandangan mata. Aku masih dapat melihat terpancarnya sinar nur dari wajahmu. Aku tidak memandang pada kejelitaan.. walau kurangnya paras rupamu, aku tetap bertekad ingin menyuntingmu buat menjadi isteriku dunia dan akhirat.
Wahai bidadariku,
Aku tidak sabar untuk menjadi suamimu.. merawat luka dan menghiburkan hatimu agar dikau sentiasa bahagia dalam mencari redha Ilahi, ku juga ingin merasa belaian mesra dari mu. Kerna itu aku sentiasa berdoa agar dikau menjadi
pendampingku.

Kekasihku,
Aku ingin sentiasa membisikkan kalimah-kalimah suci di telingamu.. agar dikau dapat merasakan besarnya keagungan Allah s.w.t. Ku ingin mengejutkanmu saat malam yang dingin untuk sujud menyembah Ilahi.. Aku ingin membimbingmu dan aku juga mahu agar dikau sentiasa bersedia untuk menegur segala kekhilafanku.

Buat bakal isteriku,
 Redha dan terimalah atas apa-apa sahaja ketentuan-Nya. Kerana Dia lebih mengetahui.. Jika benar kau adalah jodohku dan bakal calon bidadariku, aku memohon pada Ilahi agar dipercepatkan ijab dan kabul ini agar aku sah menjadi suami yang dapat mengimamkan solatmu..

Sekian sahaja warkahku ini..
Hanya satu pesananku. Jika kau mencintaiku, cintailah aku kerana Ilahi. Kerana aku hanya manusia biasa yang tidak punya apa-apa melainkan sekeping hati yang ikhlas mencintaimu kerana Allah..
Ikhlas daripada bakal suamimu..

Barisan Di Akhirat

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda:
“Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T” Erti firmanNya;
“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” (Surah al-Naba’) Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab;
“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.” Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan.

BARISAN PERTAMA

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEDUA

Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEEMPAT


Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka adalah orang yag berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELIMA


Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu,Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia,tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEENAM


Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETUJUH


Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah.

“Mereka itu adalah orang yang enggan member kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELAPAN


Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEMBILAN


Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

"Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEPULUH


Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.

"Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEBELAS

Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan;
"Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.”

Ibuku

Masa kecil tangan ibu yang menyuapkan aku,
Masa kecil kaki ibu yang melangkah mencari rezeki utkku,
Masa kecil airmata ibu yang mengiringi kesusahan untuk membesarkanku,
Aku tak pernah lupa saat dia mengasuh aku,
Walaupun bukan anak kandung,
tapi kasihnya melebihi kasih seorang ibu yang ku harap,
aku cukup bertuah,
aku rasa cukup istimewa,
aku rasa beruntung,
walaupun bukan dari keluarga yg berada,
tapi aku mendapat kasih sayang yg sempurna,
Walaupun bukan dari ibu sebenar,
cukuplah kasih ibu yang aku panggil "mak" ini,
Dia mungkin pernah merasa hati kepadaku,
mungkin dalam sedar pernah aku menyakitinya,
mungkin dalam kealpaan pernah ku mengasarinya,
tapi aku tahu dia menyayangi anaknya ini melebihi segalanya,
Disaat aku berada dibawah sana,
aku tahu dia yang bangkit dibelakangku,
disaat aku sakit,
dia yang bersengkang menjagaku siang dan malam,
pernah sekali aku lelah dan sukar bernafas,
dia sibuk menghubungi saudara maraku berlari,
walaupun aku tahu dia pun lelah dan tak mampu berjalan laju,
sewaktu aku sakit dihospital semasa sekolah rendah,
dia pun turut sakit dan demam teruk untuk menjagaku,
sewaktu aku sakit dan muntah-muntah hampir 2,3 hari,
dia juga yang bersusah payah,
dan aku lihat airmatanya menitis kerna sedih melihat sakit yang aku alami,
Seandainya aku mampu membalas jasa ibu ku,
akan aku doakan dia sihat dan panjang usianya,
kerna aku yakin aku akan rebah sekiranya dia tiada dimuka bumi ini lagi,
Sesekali aku berjauhan darinya,
aku terasa ingin berlari memeluknya,
kerna ku khuatir aku tak mampu memeluknya lagi,
sesekali aku berjauhan darinya,
aku terasa ingin terbang disampingnya kerna ku takut bila saatnya tiba,
aku tiada dipangkuannya..
Disaat aku dilanda masalah, 
pastinya mak akan menelefon aku dan bertanya tanpa sempat aku memberitahu,
kerna dia pernah cakap "mak xsdap hati cam ade bende berlaku"..

Terasa nak menangis bila teringatkan ibuku, kerna ku takut menghadapi kenyataan, walaupun ku tahu, yang hidup pasti akan mati kelak, Pernah ada yang mengguris hati mak aku, dan membuat dia menangis, Andai anda orang itu walaupun anda sebahagian daripada keluargaku, maaf.. Anda takkan aku tegur, kerna prinsip aku, sesiapa yang membuatkan mak aku menangis takkan aku tegur.. 

kEpada mak aku, Seandainya Tuhan mengizinkan, walau dimana aku berada kelak, atau aku menjadi milik seseorang kelak, ku pasti mak akan ku bawa ke mana saja,kerna mak adalah satu-satunya ratu hatiku sampai ke syurga kelak ..
sayangilah mak <3

Wednesday, June 22, 2011

3 Remaja Bermasalah

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia meon, sorang tu doga dan sorang lagi samat. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si "meon" pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh "meon" azan. Tanpa berlengah terus je "meon" azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada "meon"dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan "meon".

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...

Masuk je kali ketiga, "Dogo" panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

"Dogo" pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si "Dogo" ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat "Dogo". Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si "samat" jadi imam. Si "samat" pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si "samat" niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si "samat" ni... Tapi dgn bongkaknye si "samat" berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

mengucap panjang Tok imam....... nasib baik takde sakit jantung... sekian...:)

jangan main2 dalam solat ye.. solat tu tiang agama.. kalau rumah takde tiang canne la???? fikirkan..

Budak Yang Tidak Bersyukur


A little boy loved to come and play around it every day

He climbed to the treetop, ate the apples, took a nap under the shadow... 
He loved the tree and the tree loved to play with him
Time went by...the little boy had grown up,
And he no longer played around the tree every day. 


One day, the boy came back to the tree and he looked sad. 
'Come and play with me,' the tree asked the boy. 
'I am no longer a kid, I do not play around trees any more' 
The boy replied
'I want toys. I need money to buy them.' 
'Sorry, but I do not have money... 
But you can pick all my apples and sell them. 
So, you will have money. 
‘The boy was so excited. 
He grabbed all the apples on the tree and left happily
the boy never came back after he picked the apples. 
The tree was sad.
One day, the boy who now turned into a man returned 

and the tree was excited 'Come and play with me' the tree said. 
'I do not have time to play. I have to work for my family. 
We need a house for shelter.
Can you help me? 

‘Sorry’, 

I do not have any house. But you can chop off my branches 
to build your house. 
‘So the man cut all the branches of the tree and left happily. 
The tree was glad to see him happy but the man never came back since then
The tree was again lonely and sad. 


One hot summer day, 
the man returned and the tree was delighted. 
'Come and play with me!' 
the tree said. 
'I am getting old. I want to go sailing to relax myself. 
'Can you give me a boat?' 
‘said the man'.
'Use my trunk to build your boat. 
You can sail far away and be happy. 
‘So the man cut the tree trunk to make a boat. 
He went sailing and never showed up for a long time.
Finally, the man returned after many years. 

'Sorry, my boy. But I do not have anything for you anymore. 
No more apples for you... 
' The tree said'. 
'No problem, I do not have any teeth to bite 
' the man replied. 
'No more trunk for you to climb on' 
'I am too old for that now' the man said. 
'I really cannot give you anything...
The only thing left is my dying root,' 
the tree said with tears.
'I do not need much now, just a place to rest. 

I am tired after all these years' the man replied. 
'Good! Old tree roots are the best place to lean on and rest, 
Come, come sit down with me and rest.
' The man sat down and the tree was glad and smiled with tears... 
This is you and the tree is your parents!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...