Followers

Sunday, December 5, 2010

Peti Ais

Satu hari di sebuah klinik swasta.....Abu datang berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sakit belakangnya.

Doktor : Apa hang dah buat dengan belakang hang ni?

Abu : Saya kerja syif malam Doktor.Bila saya balik umah saya kat tingkat 3 pagi tadi,saya dengar bunyi bising kat dalam bilik saya.Saya suspect ada perompak datang geledah bilik tidur saya.Saya perasan pintu balkoni saya terbuka.Saya berlari ke situ,jenguk ke bawah dan nampak seorang lelaki kelam-kabut lari sambil pakai baju...Saya geram sangat ngan perompak tu,apa lagi terus saya angkat peti ais yang ada kat sebelah saya dan campak kat lelaki tu.Haaa...puas hati saya!Tu yang sakit belakang sampai sekarang ni,Doktor.

Tetiba,Ahmad meluru masuk ke bilik rawatan.Keadaan Ahmad nampak seris seolah-olah baru lepas dilanggar kereta.

Doktor : Uih!Pesakit yang aku tengah periksa tadi nampak teruk.Tapi hang lagi dahsyat aku tengok...apa dah jadi??

Ahmad : Saya dah lama menganggur.Hari ni hari pertama keje baru saya.Tapi saya lupa set alarm semalam dan pagi ni saya dah terlambat.Tengah saya berlari ke stesen bas sambil pakai baju,tetiba je ada sebijik peti ais hinggap kat belakang saya,Doktor!

Kemudian,Ali masuk ke bilik doktor tadi.Keadaan Ali lagi teruk daripada Ahmad dan Abu.Doktor terkejut biawak!!!

Doktor : Hang apasal pulak ni??

Abu : Saya ada kat dalam satu peti ais.Tetiba je ada orang campak peti ais tu ke bawah dari tingkat 3,Doktor!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...