Followers

Sunday, December 5, 2010

Awas Apabila Ketawa

Menonton pelawak beraksi di atas pentas atau di kaca TV (senario ke) kita pun ketawa berdekeh-dekeh. Kenapa harus ketawa? Lantaran hati kita ini digeletek oleh kelucuan pelawak-pelawak. "KEH KEH KEH KAH KAH"

Sekumpulan orang yang melingkungi seorang tukang ubat tenaga batin di Chow Kit sedang gelak ketawa mendengar 'temberang' sang tukang ubat. Jadi, dunia ini penuh dengan gelak ketawa manusia. Cuma kucing-kucing aje yang tak ketawa (mungkin gelak dengan bunyi meow meow kot). Mayat yang terbujur kaku dalam rumah, orang-orang yang berziarah duduk bersembang di luar dan terburailah gelak ketawa mereka bila tersentuh yang lucu dan mencuit hati. "KEH KEH KEH KAH KAH KAH".

Di dalam masjid pun, orang-orang boleh ketawa. Bersembang-sembang di beranda masjid sambil menghisap rokok bersantai-santai menunggu waktu antara maghrib dan isyak dan sambil mengadap Quran pun orang boleh gelak lagi. Bilal sedang mengalunkan azan pun ada orang ketawa. Syaitan membisikkan "ketawalah kuat-kuat dan mengilai-gilai lagi gamat". "KAH KAH KAH KEH KEH KEH".

Tapi bila kita menangis? Pada detik kita lahir diiringi dengan tangisan. Kenapa menangis? Syaitan benci melihat manusia menangis. Syaitan mahu kita ketawa sepanjang masa. Ha "ah, itu kawanku," kata syaitan. Ya,orang bebas ketawa girang-gembira. "Ketawa itu nikmat, laugh is the best medicine,omputih kata", kata seoarang hamba Allah. "KEH KEH KEH"

Tak boleh ke kita menghayati sabda Rasulullah, idola manusia sepanjang zaman? Sabda baginda yang bermaksud: "Diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah menangis kerana merasa hebat kepada Allah S.W.T. Diharamkan api neraka membakar mata yang pernah berjaga-jaga dalam perang sabil, dan diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah dipejamkan dari hal-hal yang diharamkan oleh Allah S.W.T....". Sabda baginda lagi:

" Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati".

Ketawa di dalam masjid itu menenggelamkan di dalam kubur dan mematikan hati dan melalaikan daripada menyebu nama Tuhan".

Daripada Hasan Basri, ketawa itu ada 2 bahagian. Pertama, ketawa yang disukai Allah iaitu diberi pahala untuk orang yang ketawa. Ketawa yang disukai Allah adalah senyum seorang di hadapan saudaranya bertujuan untuk mrenyukakan hatinya. Dan tawa yang dimurkai Allah ialah ketawa kerana perkataan atau percakapan orang lain.

Kalau sahabat semua nak tahu, Syaitan pun suka ketawa. Bila?

Daripada Abu Hurairah r.a.: Rasulullah telah bersabda yang bermaksud : "Apabila menguap salah seorang kamu dalam sembahyang, maka hendaklah kamu menutup kamu menutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan sampai mengatakan 'hah' kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan yng ketawa.. "KEHKEH KEH KAH KAH KAH"

Wallahua'lam...^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...