Followers

Saturday, December 11, 2010

Hidup Dalam Kematian

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas pinjaman nafas hingga kini, saya mendoakan agar semua pembaca juga sentiasa dalam keadaan sihat dengan nikmat Iman dan Islam.

Setelah agak lama blog ini tidak berbicara, kerana pemiliknya sedang sibuk dengan urusan PEPERANGAN di Medan IMTIHAN dunia... Alhamdulillah telah selesai menjawab EXAM, doaku semoga Allah berikan kemenangan kepada kami semua.

.::.SYUKUR.::.

Hari ini saya mendongak melihat langit yang luas terbentang, SUBHANALLAH! Maha Suci Allah yang mencipta alam dan memberikan nikmat buat hamba-hambaNya. Dari langit yang luas terbentang, maka diturunkan hujan sebagai rezeki buat makhluknya di muka bumi ini. Maka ucapkanlah ALHAMDULILLAH...

Kemudian saya melihat kepada selautan manusia sekeliling yang sedang sibuk dengan pebagai urusan, dan saya melihat diri saya sebagai hamba TUHAN. Saya terfikir dan kembali merenung sebuah hakikat kejadian insan. Sebenarnya apakah tujuan kita diciptakan?

Kita semua dilahirkan di muka bumi ini adalah utk beribadah kepadaNya... memetik ayat-ayat cintaNya.

“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan Manusia melaikan untuk beribadah kepadaku”.

[Adz Dzariyat [51] : 56].

Kita perlu bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang MUSLIM. Kita perlu bersyukur kerana masih dberi peluang untuk memohon ampun walaup sering melakukan kesalahan. Kita perlu bersyukur kerana masih dikurniakn nikmat yg kita peroleh sekarang.

Namun, kita sering tidak mensyukurinya. Kita hidup, melihat dengan mata yang dipinjamkanNya, mendengar dengan Telinga yg dpinjamkanNya, berkata-kata dengan lidah yang dipinjamkanNya... serta byk lagi yang dpinjamkanNya... begitu juga sekeping HATI yang realitinya hidup dengan izinNya.

Apakah kita sedar bahawa kita ini hanya hidup pada zahirnya namun hakikatnya kita Mati HATI.

HATI YANG MATI

Pernahkah kalian bercinta atau mencintai seseorang? Apakah perasaan yang hadir apabila melihatnya atau teringat akan dia? Pastinya getaran rindu itu hadir, dan pastinya ingin selalu teringatkannya...

Maka apakah keadaan itu turut berlaku malah lebih lagi sepatutnya pada yang sewajarnya? Cuba sebut kalimah ALLAH SWT dengan sepenuh hati, dan sepenuh perasaan, adakah kita merasai kehadiran GETARAN rindu itu atau tidak ada apa-apa reaksi pun!

Astaghfirullahazim! Inilah yang saya katakan, kita hidup pada jasad tetapi kita mati pada sekeping Hati...

Saya buka lembaran sejarah ummat terdahulu... SubhanaAllah! Hebat sungguh mereka menzahirkan cinta kepadaNya.

Saidina Umar Al-Khattab apabila ingin menghadap Tuhan dalam solat, ketika ingin berwudhu' sahaja telah bercucuran air matanya. Mengapakah? Kerana dia takut seandainya wudhu' tidak sempurna untuk bertemu Tuhannya. Bandingkan dengan kita? Astaghfirullahalazim!

Lihat pula apa yang berlaku pada pejuang agama Syed Qutub, apabila diperintahkan utk menangkapnya dan dikurungkan kerana tulisannya yang menegakkan kebenaran Islam telah menggugat kerajaan ketika itu. Apa yang dikatakannya tidak lain hanyalah kerana cintaNya, tidak sekelumit pun takut pada manusia. Biar apa pun yang dilakukan, yan dikejar adalah redha dan cintaNya... Maka, tegak dan tetaplah dia pada jalannya.

HAKIKAT HIDUP

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;

"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".

Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"

Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.

Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud

Apakah kita fahami dari maksud hadis itu? Marilah kita bersama-sama merasai perasaan BerTUHAN dalam diri dan Hiduplah dalam erti kata yang sebenar...

Hanya padaNya yang layak disandarkan cinta,

Cintailah Dia dengan sepenuh hati,

Raihlah cintaNya dengan sebaik-baik cara....

Tiada apa lagi yang diharap melainkan RedhaNya...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...