Followers

Monday, November 29, 2010

Dajjal.. Siapa???

Gambar Hiasan

Pernahkah anda mendengar tentang dajjal? Mesti pernahkan? Malah dari kecil lagi anda terikut-ikut sahabat menyebut Dajjal tapi dengan sebutan "daje". Ya, daje yang sering disebut oleh anak-anak sekarang itu bermaksud Dajjal. Tergamaknya hati manusia sehinnga 'cop' rakan-rakan mereka sebagai dajjal. Tetapi masih boleh dimaafkan kerana mereka masih kecil, masih tidak tahu apa itu halal dan haram. Pernahkah anda cuba untuk mengetehui apa itu Dajjal? Tidak apa jika tidak pernah. Kali ini, saya akan menceritakan tentang Dajjal

Dajjal :
Adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.

Keluarga Dajjal :
Ayahnya seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya.

Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk² halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.

Sifat² Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis² Rasulullah saw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua: Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat. Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”.

Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggal Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya: Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja.

Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.

Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan: Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari² yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari² kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw!

Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”

Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung.

Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org² yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org² yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya: “Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?”

Nabi menjawab: “Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil,bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R Ibnu Majah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka: Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org² dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam “… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini?

Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya: Syaitan² juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

CARA UTK SELAMAT DARI FITNAHNYA:
Rasulullah s.a.w. juga telah meninggalkan kepada kita beberapa cara yg perlu diikuti supaya kita dapat selamat dari fitnah Dajjal ini. Cara-cara itu ialah:

Pertama: Memahami bahawa Dajjal itu adalah pendusta dan pembohong serta mempunyai beberapa kelemahan yg ketara sekali. Diantaranya ialah buta mata sebelah kiri. Seandainya ia sebagai tuhan, sudah tentu ia dapat menghindarkan cacat cela yg jelas dapat dilihat di mukanya itu. Dajjal takut kalau ada orang yg sempat memperhatikan kekurangannya ini. Oleh kerana itu apabila ia selesai memfitnah org di suatu tempat, ia akan segera beredar dari situ. Ia takut ada orang yang meneliti keaiban dan kekurangannya ini.

Kedua: Tertulis didahinya perkataan “Kafir” yang bererti ia adalah seorang kafir, di mana tulisan ini akan dapat dibaca oleh setiap Muslim, sama ada dia pandai membaca atau tidak. Jadi orang Islam tidak perlu terpedaya dgn godaannya. Apakah lagi nak mengatakan dia sebagai tuhan.

Ketiga: Menghindarkan diri daripadanya, sama ada pergi ke Makkah atau Madinah atau duduk di rumah dan jgn bergaul langsung dgn masyarakat yg telah tergoda oleh fitnah Dajjal dan hendaklah ia menghalang golongan perempuan dari keluar rumah kerana kebanyakan pengikut Dajjal ini dari kalangan orang yang jahil tentang Islam dan golongan perempuan.

Keempat: Membaca sepuluh ayat pertama (atau yg terakhir) dari surah Al-Kahfi seperti yg disebutkan dalam hadis Rasulullah saw:

“Sesiapa yg hafal sepuluh ayat dari ayat awal surah Al-Kahfi, ia akan terpelihara dari godaan Dajjal dan dalam riwayat lain, siapa yg hafal sepuluh ayat yg terakhir daripadanya..” (Hadis Sahih Muslim)

“Sejak Allah s.w.t. menciptakan Nabi Adam a.s. sampai ke hari kiamat nanti tidak ada satu ujian pun yg lebih dahsyat daripada Dajjal” H.R Muslim.

Fitnah Dajjal atau ujian Dajjal ini akan mudah meragut keimanan seseorang.
Oleh itu maka janganlah ada di kalangan ummat Islam ini yg berkata: “Saya tak apa, saya dapat melawan Dajjal” Jangan sekali-kali berkata demikian kerana sgt sedikit org yg dapat mempertahankan keimanan ketika berhadapan dgn Dajjal. Oleh itu Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita supaya berlindung dengan Allah s.w.t. dari godaan Dajjal, seperti yg di ajarkan oleh Baginda dlm doa tahiyyat akhir yg sunat doa itu kita baca setiap kali kita sembahyang. Ini menunjukkan betapa besarnya fitnah Dajjal tersebut “Ya Allah aku berlindung dgn engkau daripada siksa api neraka Jahanam dan dari siksa kubur dan dari ujian dlm kehidupan dan ujian setelah mati dan juga aku berlindung dgn Engkau daripada kejahatan Al Masih Dajjal..” H.R Muslim

Saturday, November 27, 2010

Keinsafan

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Kesengsaraan

Dahulu indah
Tapi,sekarang kemana?
Dahulu bahagia
Sekarang ,mengapa merana?
Bagiku kemaren bukanlah sebuah kenyataan
Tapi melainkan permainan hidup
Tak ada lagi yang diharapkan
KAU!!! Manusia binal
Sekarang terciptalah kesengsaraan abadi
Takkan luluh dan takkan pernah mati
Manusia bagaikan mayat hidup
Yang diam,bisu, tak berdaya!!!
Dipermainkan oleh kemajuan zaman
Ada yang mati tak terselamatkan
Adakah tepian disana?
Apakah ada?
TIDAK!!! Tidak ada yang berani menjawabnya
Karena ketakutan dan kesengsaraan abadi itu
Telah datang dan takkan pernah pergi
Dari mayat-mayat hidup itu
Kami kan selalu menuggu sampai kami menjadi manusia sempurna
Di hari pembalasan nanti.

Kasih Seorang Bapa Pada Anak

alkisah pada suatu petang. cuaca panas terik. sesiapa yang berada diluar akan terasa la bahang yang sebenar ketika itu kerana yang berada dalam rumah pun sudah tidah tertahan. panasss..!!!
terpikir sejenak.ini baru panas dunia, matahari pun masih jauh..bygkan di mahsyar nanti. matahari hanya sejengkal dari kepala. bygkanlah sendiri. x tertulis dicini.hoho..lu pk la sndiri....hu3
alamkk.. da jauh melencong ni. tadi kata nk citer psl kasih seorang bapa...:)

ntah cmne nk stat xtau la,,,biasa la...mase spm dulu giat jge mnulis..skrang??
xusah dok ckap la,,mmbace pn malas..hahahaha

mule balik ye.
alkisah pada suatu petang. seorang bapa sedang.....sat,,baru 3 tahun jadi bapa ni..hihi
si bapa sedang mncari sesuatu. dkat suatu sudut si bapa mmbilek sesuatu, ntah apa yang dicarinya..klihatn serius ajer wjahnya.
sape2 yang ade dc2 pasti x brani nk mngurnye...so..tgok je la..hii
darlingnye...sape???isterinye la..sape lagi...hoho
dye pnye darling sedang asyik mnonton tv seolah2 x prasan laku suaminye..


sedang asyik dengan kerjanya..si bapa tadi la..
tiba2 anknye yang berusia 3 tahun tersebut mndekati ayhya dan mmujuk nk men beskal..
kncang jantungku bkerja kali ni.. bmbang dimarahi si bapa..maklum saje la ayhnya kan sedang 'busy' 2..xnmapk ker??wkakkaka

"ayah, nk men basikal"

" nanti petang ckit la" tegas ayahnya.

" ayah...nk men beskal" ulang budak 2 seolah x mngerti bicara ayhnya.

" petang ckit ye, nanti petang kita main"

lega aku..sngkaan aku mleset, ayhnya x marah pon..pyabar sungguh..
huuhu

" ayah, nk main beskal"

sperti biasa anknye mmjuk dan sperti biasa juga bapanya mnjawab tanpa ada rasa marah pon.ttur bcara si bapa langsung tiada marah..hebat sungguh. tngah2 tension pon masih mampu kwal keadaan...hebat!!

" nanti petang la ye" ulangnya lagi.

sbenarnya sdah mnjadi tabiat bdak 2 klau petang2 wajib men basikal.2 la sebbya..sudah mnjadi ruting harian rupanya.. kalau mcm kita plak.hari2 mesti mau nasik...hahahaha

betul la kan...ke awk makan coklat je,, xkenai nasik..hamboihh..' mat saleh' nye kamu..wkakakaka



permintaan si anak tidak dpenuhi. kesian sungguh...sbar ye dik..bkan sngaje bapamu berbuat demikian. dia 'busy' 2...ho3


" ayah nk pegi mane 2, nk ikut"

klihatan si bapa sedang bersiap. nk keluar agknye tuh..

" ayah nk pegi kerja, adik duk kat rumah ye"

" nk ikut" rintih si anak.

" x boleh la, ayah nk pegi kerja ni"

si anak mula mrengek. saje buat cm2,,nk mnta smpati..huhu

ksabaran si ayah masih di tahap seperti tadi...laayaaannnn je kerenah anak...

itula,,kasih seorang bapa trhdap anak,,kan3?? :)


aku rase kalau xde perasaan kasih c bapa tadi, da lame bdak 2 telan pnmpor 'free',,hehe

kasih seorang bapa terhadap anak tidak berpenhujung..

persoalannya, adakah si anak mngasihi seorang bapa seperti dia dikasihi bapanya..belum tentu..

kerana ape??....ade bukti ker??

ade,,,sebab ramai c bapa menghuni di rumah org2 tua..mane anknya??? wallahu'alam..

org tua dbunuh,

bapa sendiri di sembelih..

bapa sendri di ugut.....mcm2..



pssstttt!!

tiba2 teringat kt kg,,bgaimana keadaan ayahku..

tidak lupa juga ibu tercinta..

da makan ker??? makan ape ye???

tidur lena kah semalam??

dari jauh hanye mampu mndoakan kebahagiaan org tua.

" YA ALLAH, Engkau ksihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana dia mengasihani ketiaka aku kecil,,amin".

INGAT YE,,JANGAN MENSIA2KAN KEDUA ORG TUA KITA. MEREKA TELAH BANYAK BERKORBAN UNTUK MELIHAT KEBAHAGIAAN ANAKNYA.
JANGAN MENYESAL DI KEMUDIAN HARI

Kes Selamba

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu sambil membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya dengan selamba turut mengambil biskut dari bungkusannya.Setiap keping biskut yang dia ambil, lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Alangkah tak malunya lelaki ini, sudah la tak minta izin dari aku. dia makan sama banyak dengan aku pulak tu. Memang dasar pencuri! rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang dan selamba terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan tersebut. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lalaki itu mengambil biskut yang terakhir lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki tersebut. Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam 'mencuka' wanita itu berkata dalam hatinya berani sungguh lelaki ini. Memang muka tak malu. Dasar pencuri besar....

Kedua-dua mereka, wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah-olah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduknya dia membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok, baru dibuka hanya beberapa keping sudah dimakan sahaja. Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi ?? Ya... biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu.

Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki tersebut. Lelaki yang tidak dikenali tersebut pula sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marah terhadapnya. Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya.

# Sebelum kita berbuat sesuatu, pastikan semuanya jelas, jangan membuat keputusan secara membuta tuli aje, nanti kita akan menyesal kemudian... penyesalan kemudian hari tiada lagi gunanya.

Azab Wanita

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.





Sekarang Anda mempunyai dua pilihan:



1.. Biarkan infi ini tetap dalam facebook Tok Wan.

2. Share info ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

Salam Ukhuwah..~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...